Hari ni kita baca lagi tentang kenaikan harga susu.Dalam berita mengatakan ini adalah kerana mengikut harga pasaran dunia.
Lawan,pada pandangan aku yang terpengaruh dengan berita-berita internet(setelah berfikir secara logik 9 akal) adalah patut kita bersuara untuk menentang segala perkara yang Tidak Benar atau Yang Menindas.
Dalam tajuk ni,bukan aku nak mengatakan tentangan supaya harga diturunkan.Aku percaya sebagai kerajaan mesti mempunyai inisiatif mengenai isu ini.(kawan aku suka minum nescafe ais,xtau la dia nk kna bayaq brapa lpas ni.aku mnum O sj.)
Sebagai rakyat malaysia,sokongan-sokongan dan idea-idea perlu disalurkan.Suara-suara sepatutnya sampai terus kepada pihak atasan.Memang selalu kita lihat kempen-kempen diwar-warkan setelah beberapa hal besar terjadi(kempen kurangkn gula sbb gula naik harga).
Aku xmau tngok dah kempen-kempen yg kurang berkesan macam tu lg.Cuba cari satu idea yang lbeh bernas dan praktikal.
Cuba cari!!!cuba cari!!!Pikiaq tngok!(aku xtau nk pikiaq dah)
>>harga donut 50sen satu,gula tepung naik harga +30sen=80sen,kempen kurangkan gula harga donut tetap 80sen satu tapi gula tabur dah kurang.Gila kot,tokey kedai dah save gula sebab kempen tu.
>>ABANG,DONUT KURANG MANIS 1!!!!
No comments:
Post a Comment